Pancing Sabah: sabah-nan-indah: Labuan - Pancing Labuan ... - Memancing di Labuan

Blog Admin | 4:18 PM | 0 comments

<b>Pancing</b> Sabah: sabah-nan-indah: <b>Labuan</b> - <b>Pancing Labuan</b> <b>...</b> - Memancing di Labuan


<b>Pancing</b> Sabah: sabah-nan-indah: <b>Labuan</b> - <b>Pancing Labuan</b> <b>...</b>

Posted: 10 Feb 2014 03:21 PM PST

Labuan terletak 115km daripada selatan Kota Kinabalu, penerbangan memakan masa lebih kurang setengah jam, dua setengah jam dengan feri.Ia mempunyai keluasan sebesar 95 kilometer persegi.
Aktiviti yang boleh dijalankan di sini serta tempat menarik untuk dilawati termasuklah:-
Snorkel di sekeliling pulau
lawatan ke rumah panjang
sukan memancing
memancing di tepi pantai
menyelam dalam bangkai kapal karam yang dikenali dengan nama 'Wreck Diving.'
membeli-belah di tempat bebas cukai di Jalan OKK Awang Besar
Berkayak
Menjamu selera dengan makanan laut segar.

Kampung Air.
Terdapat dua buah perkampungan air yang besar iaitu Kampung Bebuloh dan Kampung Patau-Patau. Kebanyakan penghuninya adalah orang Melayu Brunei. Rumah-rumah kayu ini dibina di atas jangkungan di atas air. Mereka dihubungkan oleh titi kayu. Setiap rumah mempunyai botnya masing-masing.

Taman botanikal, dikenali sebagai Bumbung 12, terletak di belakang lapangan terbang lama.

Marine Park yang merangkumi Pulau Rasukan Kecil, Pulau Rasukan Besar dan Pulau Kuraman.

Boleh berkelah dan berjemur, berenang, berkhemah.

Muzium Labuan mempamerkan budaya serta sejarah Labuan.

The Chimney setinggi 106 kaki dibina pada tahun 1800an. Ia merupakan mercu tanda popular di Labuan. Rahsia masih menyelubungi sebab sebenar ia dibina.

Muzium Marin Labuan mempamerkan pelbagai hidupan laut.

Memorial Perang Dunia Ke-2 merupakan kawasan perkuburan tentera terbesar di Malaysia.

Sebahagian besar dari jumlah 3908 terdiri daripada tentera Australia, Britain dan India.

Upacara Mengingati dijalankan pada hari Ahad paling hampir kepada 11hb November setiap tahun.

Peace Park terletak di Layang-Layangan.

Japanese Surrender Point terletak di Layang-Layangan. Ia adalah tempat ke-37 di mana Askar Jepun bagi rantau selatan menyerah diri kepada tentera Diraja Australia ke-9 pada 9hb September 1945.

Dataran Labuan merupakan tempat mengadakan pentas terbuka bagi kebanyakan pesta penting di Labuan. Di sini terletaknya tiang bendera yang mengibarkan bendera Malaysia.

Taman Burung - terletak berhampiran Terowong Tanjung Kubong, mempamerkan sebahagian besar burung tropika dari rantau ini.

Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan - bertaraf dunia, meliputi kawasan seluas 5.91 ekar. Kemudahan yang disediakan termasuklah pusat sukan air laut, kedai cenderahati, tempat makan dan sebagai menara tinjauan. Muzium marin Labuan juga terletak di sini.

4 buah Bangkai Kapal yang Karam di Labuan:-
The Blue Water Wreck bernama Mabini Padre
The Cement Wreck bernama MV Tung Hwuang
The American Wreck bernama USS Salute
The Australian Wreck bernama SS de Klerk
terdampar dalam lingkungan 34 km dari Labuan. Ia terdampar di dasar laut antara 30 meter sehingga 35 meter dengan bahagian puncak kapal berada pada takat 8 meter hingga 12 meter. Kejernihan air berubah-ubah bergantung kepada musim dari 6 meter sehingga 20 meter.

Hotels

Sheraton Hotel
Tel: 087 422 000
www.sheraton.com/labuan

Tiara Labuan Hotel and Service Apartment
Tel: 087 414 300
Emel: tiara002@streamyx.com

Beta Service Apartment
Tel: 087 453 333

The Waterfront
Tel: 087 418 111
Emel: waterfront@streamyx.com

Manikar Beach Resort
Tel: 087 418 700
Emel: manikar@tm.net.my

Boutique Hotel

Sara Hotel
Tel: 087 415 555

2-Star Hotel

Hotel Global
Tel: 087 425 201

Mariner Hotel
Tel: 087: 418 822

Budget Hotel

Hotel Pulau Labuan
Tel: 087 416 288

Hotel Ambassador
Tel: 087 423 233

Victoria Hotel
Tel: 087 412 411

Pulau Labuan Inn
Tel: 087 416 833

Hotel Pulau Labuan - branch
Tel: 087 422 388

Sky Global Hotel
Tel: 087 431 218

Pancing Labuan: KEHIDUPAN: Memancing - <b>Memancing di Labuan</b>

Posted: 30 Jan 2014 03:07 PM PST


Hari ini kami menerima tetamu dari jauh. Seorang aktivis mahasiswa yang selalu membuat 'onar' di semenanjung demi menuntut keadilan dan kebebasan bersuara untuk mahasiswa. Merupakan bekas pelajar di UMS KAL dan kini menuntut di KUIS. Pada pagi itu hanya Harieyadi dan Hakim yang menjemput shukri di airport dengan menggunakan kereta myvi milik Qatrun. Aku pada masa itu masih lagi tidur-tidur ayam. Jadi aku tinggalah sorang di rumah. Mereka sampai di rumah selepas zohor. Lambat juga mereka sampai (dalam hati), sebab mereka singgah membeli alatan memancing di bandar. Inilah kali kedua aku berjumpa dengan Shukri. Kali pertama, ketika beliau memberi ucapan ketika mahasiswa UMS KK membuat demo senyap untuk Palestin. Petang itu juga aku terpaksa menjadi 'chef'. Ketika di rumah aku lihat Shukri sibuk dengan panggilan-panggilan dari seberang terutamanya media. Ini kerana sebelum beliau ke Labuan, beliau selaku Pengerusi SMM telah mengadakan demo lilin di UIAM untuk menuntut kebebasan Prof. Aziz Bari. Seorang pensyarah di UIAM.

Selepas solat asar, kami pun bergerak ke destinasi untuk memancing. Mencari tempat yang sesuai untuk memancing. Akhirnya kami memilih port sekitar Manikar Beach berdekatan dengan kawasan rumah yang paling besar di Labuan. Laman rumah sahaja boleh di buat padang golf. Tidak berapa lama pancing Shukri mengena sesuatu. Rupanya ikan, pertarungan pun bermula. Ketika hendak menaikkan ikan berkenaan ke tebing, ikan tersebut berjaya meloloskan dirinya sebelum sempat dimasukkan ke dalam bekas. Geram juga tak dapat ikan tersebut, namun kami pasrah ianya bukan rezeki kami. Aktiviti memancing diteruskan lagi hingga ke maghrib, Namun, kami berasa hampa kerana selepas ikan tersebut terlepas kami tidak berjaya mendapatkan hasil yang kami harapkan. Sedikit gurauan pada petang itu. Aku berkata 'mungkin ikan tadi dah SMS kepada semua ikan supaya jangan berenang berdekatan tempat kami memancing, sebab itulah tak dah sudah yang mengena'. Semua gelak dan mengiyakan

Walaupun tidak mendapat apa yang diharapkan, yang melucukan anak ikan buntal sering kali melekat di umpan, seperti baby yang tengah menyusu. Bukan sahaja anak ikan buntal, rumpai laut pun menjadi mangsa umpan kami. Terasa berat rupanya rumpai laut. Hampa tidak mendapat sebarang hasil, kami pun beredar dan singgah menunaikan solat maghrib di masjid yang berdekatan. Selepas itu kami singgah makan di 'Tomyam Island' area Bataras. Shukri memilih ikan untuk juadah kami. Selain itu kami juga memesan sup tulang. Sedap dan menyelerakan. Melihat ikan yang dihidangkan tadi, mengingatkan aku ikan yang terlepas tadi. Setelah menjamu selera, sedikit perbincangan dan perkongsian daripada Shukri mengenai keadaan semasa dalam Negara dan mengenai demo yang beliau buat baru-baru ini. Selepas itu kami singgah sebentar di Supermarket Bataras untuk membeli tong gas. 

Pada malam itu, kami membuat sedikit perbincangan dan perkongsian maklumat daripada shukri dengan alumni KAL dan aku yang bukan alumni KAL. Banyak maklumat yang aku perolehi pada malam itu. Perbincangan yang mengambil masa lebih kurang 3 jam lebih. Banyak yang aku tidak tahu sebelum ini mengenai sosialis dan mendapat pencerahan daripada Shukri. Fahmi Reza, itulah nama yang Shukri sering sebut dan mengaitkannya dengan golongan sosialis di Malaysia. Maklumat mengenai gerakan-gerakan yang aku tidak pernah dengar di kampus membuatkan aku berasa seperti budak kecil yang baru belajar mengenal abjad. Terasa ingin kembali semula di alam kampus. Selepas itu, kami keluar makan di KFC dan singgah sekejap di OneMart membeli barang. Ketika makan di KFC, kami dikejutkan dengan gelagat beberapa orang yang telah mabuk dengan 'percakapan' yang memang melucukan juga. Terfikir dalam fikiranku, kalau beginilah Labuan setiap malam, banyak kerja yang perlu dibuat untuk mengubah minda orang Labuan. Arak sudah menjadi 'minuman' rasmi kebanyakkan orang Labuan di waktu malam. Pub-pub yang semakin bertambah dan pengunjungnya sentiasa ada walaupun hujan. Tiba di rumah, masing-masing mencari port untuk tidur. Selepas solat subuh aku dan Yin menghantar kereta kepada tuannya. Selepas itu aku mengemas barang-barangku dan berehat sebentar kemudian pulang ke rumah. Tiba di rumah, aku mengemas pakaianku dan membasuhnya. Sudah 2 hari aku tak balik rumah. Rumah PEMUDA merupakan rumah keduaku. Aku mendapat mesej dari KP yang memberitahu supaya ready untuk ke Ijtimak Tarbawi di KUIZM, Taman Melewar, Gombak pada 28-31 Oktober 2011. Akhirnya aku terlena dibuai mimpi yang indah.

 

 

<b>Pancing Labuan</b>: Pertandingan Fiesta <b>Memancing</b> WP <b>Labuan</b> 2013

Posted: 17 Jan 2014 12:00 AM PST

1077025_10151800342132905_1029432858_o

24 Ogos 2013

9.00 pg :
- Kaunter pendaftaran memancing dibuka.
- Acara Pameran & Jualan di Khemah Penaja & Penjual bermula.

10.00 pg
- Pertandingan Memasak Ketam
- Saringan Karoeke Joran

1.00 ptg
- Pertandingan berakhir /Penyampaian hadiah

2.00 ptg
- Acara Pancing Som-Som bermula

5.00 ptg
- Acara berakhir/Penyampaian Hadiah

8.45 mlm
- Acara Karoeke Joran@Labuan

11.00 mlm
- Penyampaian Hadiah Karoeke Joran@Labuan
- Kaunter ditutup sementara

25 OGOS'13

7.00 pg
- Kaunter pendaftaran dibuka semula

9.00 pg
- Perasmian Pertandingan Memancing bermula
- Acara Pameran & Jualan di Khemah Penaja & Penjual bermula

10.00 pg
- Pertandingan Melukis Bendera Wilayah Persekutuan
- Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik & Lagu Raya

12.00 tgh
- Persembahan pentas bermula-Kombo Perbadanan Labuan

1.00 ptg
- Tamat Pertandingan Memancing
- Jamuan Merdeka-Raya bermula
- Persembahan Artis Jemputan-Black,Felix AF,Farawahida

2.00 ptg
- Penyampaian Hadiah kepada Pemenang
- Penyampaian Surat Penghargaan kepada Program "Partners"
- Sesi Bergambar bersama pemenang
- Pameran Tangkapan Ikan/Lawatan Khemah Penaja

3.00ptg
Acara dijangka tamat

MAKLUMAT PERTANDINGAN

Tarikh : 25 Ogos 2013 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi – 1.00 tgh
Lokasi : Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan
Yuran Penyertaan : RM70.00 / Joran Moden
RM10.00 / Joran sum-sum

CARA PENDAFTARAN
24 & 25 Ogos 2013 (Sabtu & Ahad) – Di tapak pertandingan di Labuan
Pendaftaran awal di Pejabat Perbadanan Labuan (Waktu Pejabat) di Kaunter Pembayaran Perbadanan Labuan
NSTP Kota Kinabalu

PERTANDINGAN MEMASAK KETAM DI LABUAN BERSAMA ADABI & PETRONAS GAS
MENU UTAMA ADALAH BERDASARKAN KETAM
Info : Pertandingan Memasak Ketam di Labuan

Berlangsung selama 2 hari :

1) Hari Pertama : Pusingan pertama
Tarikh dan Hari : 24hb Ogos 2013 (Sabtu)
Jam : 2.00 Petang

2) Hari Kedua : Pusingan Kedua
Tarikh dan Hari : 25hb Ogos 2013 (Ahad)
Jam : 10.00 pagi – 2.00 petang

  1. Pusingan awal terbuka kepada 30 kumpulan (dengan bantuan pihak Perbadanan Labuan). Satu kumpulan terdiri daripada dua (2) peserta. Siapa cepat, dia dapat. Penyertaan adalah percuma.
  2. Peserta akan disediakan ketam (dilonggokkan di hadapan semua peserta) diminta untuk memasak sebarang menu masakan asalkan berunsur ketam.
  3. Peserta digalakkan menggunakan perencah Adabi dalam masakan. Adabi akan menyediakan bahan seperti serbuk kunyit, kari ikan, kari udang ketam, garam dan asam jawa ada hari tersebut tetapi peserta digalakkan membawa sendiri untuk mengelakkan ketiadaan bahan yang diperlukan.
  4. 10 kumpulan terbaik layak ke pertandingan akhir pada hari kedua.
  5. Pada pusingan akhir, peserta akan diundi untuk memasak 5 jenis masakan berasaskan ikan bilis yang akan disediakan oleh penganjur. Semua bahan mentah akan disediakan oleh penganjur kecuali alatan memasak seperti kuali, periuk, sudip dll. Perlu menyediakan 2 jenis makanan iaitu masakan utama dan masakan 'dessert'.
  6. Penganjur menyediakan dapur dan gas masakan sumbangan Petronas Gas, meja, kerusi dan barangan penaja seperti apron dan topi masakan. Keperluan lain seperti periuk, kuali, hiasan meja dan lain2 perlu disediakan oleh peserta.
  7. Pertandingan akan diadili oleh juri professional dari Adabi dan wakil penganjur/KWKB/Perbadanan Labuan.
  8. Keputusan hakim adalah muktamad.

KRITERIA PEMARKAHAN
Kriteria Peratusan (%)
Keenakan rasa masakan (60%)
Kreativiti menghias masakan (25%)
Kekemasan dan kebersihan (15%)

HADIAH PEMENANG PUSINGAN AWAL (KELAYAKAN) – KESEMUA 30 KUMPULAN AKAN MENERIMA 30 HAMPER ADABI

HADIAH PEMENANG PERTANDINGAN AKHIR – 10 KUMPULAN
JUARA
RM 500.00 + Hamper Adabi

NAIB JUARA
RM 250.00 + Hamper Adabi

KETIGA
RM 100.00 + Hamper Adabi

KE-4 – KE-10
RM 50.00 + Hamper Adabi

HADIAH (PANCING SUM-SUM)
(24 OGOS 2013)
Juara : RM1,000.00
Ke-2 : RM500.00
Ke-3 : RM300.00
Ke-4 – Ke-10 : RM100.00
Ke-11 – Ke-20 : RM50.00

*Yuran penyertaan RM10.00 sahaja

HADIAH JORAN
(25 OGOS 2013)
Juara : RM15,000.00
Ke-2 : RM8,000.00
Ke-3 : RM4,000.00
Ke-4 : RM2,000.00
Ke-5 – Ke-10 : RM500.00
Ke-11 – Ke-20 : RM300.00
Ke-21 – Ke-30 : RM200.00
Ke-31 – Ke-40 : RM150.00
Ke-41 – Ke-56 : RM100.00
Ke-57 – Ke-100: Hadiah Barangan Memancing

Hadiah Wang Tunai Keseluruhan berjumlah RM40,100.00 untuk 56 pemenang utama dan saguhati barangan memancing untuk 44 pemenang!!!

Cabutan Bertuah : Electrical items & Fishing, Outdoor Tools.

Syarat & Peraturan Pertandingan Memancing

  1. Terbuka kepada semua pemancing seluruh negara berumur 18 tahun ke atas.
  2. Yuran penyertaan RM70 sahaja.
  3. Hanya kaedah pancingan dasar (bottom) dibenarkan.
  4. Setiap tangkapan mesti diserahkan kepada marshal bertugas sebelum ditimbang di meja pengadil beserta resit pendaftaran.
  5. Peserta tidak dibenarkan memancing atau merentang tali sebelum pertandingan.
  6. Penggunaan pelampung, mata tiga, mata bom (berspring), mata rambai tidak dibenarkan.
  7. Hanya 1 joran dengan 2 mata kail dibenarkan untuk setiap peserta dan wajib menampal pelekat Joran yang disediakan.
  8. Hanya 1 ekor tangkapan terberat sahaja yang akan dipertandingkan iaitu Juara berdasarkan ikan terberat.
  9. Penganjur berhak meminda tarikh dan tempat pertandingan jika membabitkan masalah cuaca dan keselamatan.

Sumber : FB Labuan Tourism.

Pancing Mania Blog::
Kami menyediakan berita terbaru dan live mengenai aktiviti - aktiviti Memancing dan tip memancing Malaysia dan negeri - negeri di Malaysia dengan percuma. Tinggalkan komen anda di kotak komen untuk Support Blog ini!

0 comments