Memancing ~ Kelong Greenway Pulau Ketam « The life journey - Memancing di Labuan

Blog Admin | 3:34 PM | 0 comments

<b>Memancing</b> ~ Kelong Greenway Pulau Ketam « The life journey - Memancing di Labuan


<b>Memancing</b> ~ Kelong Greenway Pulau Ketam « The life journey

Posted: 11 Jan 2014 06:55 PM PST

Posted by hamydy on 12, January 2014

Greenway Pulau Ketam

Trip memancing kali ini membawa saya ke Kelong Greenway Pulau Ketam. http://www.greenway2u.com/
Cara untuk ke pulau ketam dan apa yang ada di pulau tersebut boleh merujuk entri saya yang lepas di http://hamydy.wordpress.com/2013/11/03/pulau-ketam/. Banyak juga yang saya ceritakan tentang pulau ketam, pembaca boleh baca entri ini untuk dapatkan gambaran pulau ketam. Untuk ke kelong ikan greenway ini anda perlu naik speed boat dengan bayaran RM10 sehala. Ferry tidak boleh. Bila anda di jetty anda hanya perlu bertanya pada speed boat mana yang boleh singgah di Kelong Ikan Greenway. Speedboat last jam 6.00pm sama juga dengan ferry. Jika selepas jam 6.00pm speed boat hanya ambil harga carted (sewa satu boat) dengan harga sekitar RM120 satu boat. Jadi pastikan anda tidak lewat dan timming yang betul. Kalau ramai berbaloi, tapi kalau 1-2 org saja kiranya agak mahal la.
Greenway Pulau Ketam Greenway Pulau Ketam

Greenway Pulau Ketam Greenway Pulau Ketam
Untuk trip memancing ini saya tidak sampai ke pulau Ketam. Kelong ini terletak berhampiran pulau ketam, jika menaiki ferry atau speed boat ia akan melalui kawasan sangkar ikan. Kelong Greenway ini asalnya adalah sangkar ikan suatu masa dahulu, kemudiannya bertukar menjadi kelong memancing. Jika pembaca membaca blog pemancing yang dulu2 memang kita akan lihat ada gambar sangkar dan ikan yang besar dari sangkar. Tapi sekarang sangkar sudah tiada dan kita memancing bergantung sepenuhnya pada nasih. Kalau dulu bole la curi2 pancing dalam sangkar :).

Greenway Pulau Ketam Greenway Pulau Ketam

Kemudahan yang disediakan.
Kelong memancing ini boleh dikatakan selesa dan ada kemudahan asas. Besar dan boleh dibuat aktiviti santai bersama keluarga. Terdapat Tempat memasak, meja, ruang menonton TV, Bilik penginapan, ruang solat dan juga tandas. Makanan yang disediakan cuma megi segera dan air tin, selebihnya pengunjung perlu bawa bahan bekalan sendiri.

Greenway Pulau Ketam Greenway Pulau Ketam
Greenway Pulau Ketam Greenway Pulau Ketam
Pakej
Pakej yang disediakan cuma ada dua iaitu bermalam atau harian. Jika bermalam ada disediakan chalet iaitu RM60 satu orang masuk jam 12.00 tengahari dan keluar 12.00 tengahari hari berikutnya. Jika harian masuk jam 8.00am dan keluar jam 4.00pm dengan bayaran cuma RM20 seorang dan tiada penginapan. Tempahan boleh dibuat melalui no contact yang terdapat di laman webnya.

Hasil
Sepanjang malam saya dan kawan2 memancing tak banyak ikan yang kami berjaya naikkan. Ada pari (tuka), Gelama, Ikan Duri, ikan selar, ikan kerapu biasa. Namum dalam masa yang sama ada group lain yang berjaya dan bernasib baik menaikkan ikan merah dan ikan siakap yang berat sekitar 3-4 kilo. Umpan yang digunakan cuma sotong dan ikan kembung dan udang.

Greenway Pulau Ketam Greenway Pulau Ketam Greenway Pulau Ketam

Rasanya itu sahaja yang dapat saya kongsikan.

Sekian

Pancing Mania Blog::
Kami menyediakan berita terbaru dan live mengenai aktiviti - aktiviti Memancing dan tip memancing Malaysia dan negeri - negeri di Malaysia dengan percuma. Tinggalkan komen anda di kotak komen untuk Support Blog ini!

0 comments