Pancing Labuan: Pertandingan Fiesta Memancing WP Labuan 2013 ... - Memancing di Labuan

Blog Admin | 3:12 PM | 0 comments

<b>Pancing Labuan</b>: Pertandingan Fiesta <b>Memancing</b> WP <b>Labuan</b> 2013 <b>...</b> - Memancing di Labuan


<b>Pancing Labuan</b>: Pertandingan Fiesta <b>Memancing</b> WP <b>Labuan</b> 2013 <b>...</b>

Posted: 17 Jan 2014 03:42 PM PST

1077025_10151800342132905_1029432858_o

24 Ogos 2013

9.00 pg :
- Kaunter pendaftaran memancing dibuka.
- Acara Pameran & Jualan di Khemah Penaja & Penjual bermula.

10.00 pg
- Pertandingan Memasak Ketam
- Saringan Karoeke Joran

1.00 ptg
- Pertandingan berakhir /Penyampaian hadiah

2.00 ptg
- Acara Pancing Som-Som bermula

5.00 ptg
- Acara berakhir/Penyampaian Hadiah

8.45 mlm
- Acara Karoeke Joran@Labuan

11.00 mlm
- Penyampaian Hadiah Karoeke Joran@Labuan
- Kaunter ditutup sementara

25 OGOS'13

7.00 pg
- Kaunter pendaftaran dibuka semula

9.00 pg
- Perasmian Pertandingan Memancing bermula
- Acara Pameran & Jualan di Khemah Penaja & Penjual bermula

10.00 pg
- Pertandingan Melukis Bendera Wilayah Persekutuan
- Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik & Lagu Raya

12.00 tgh
- Persembahan pentas bermula-Kombo Perbadanan Labuan

1.00 ptg
- Tamat Pertandingan Memancing
- Jamuan Merdeka-Raya bermula
- Persembahan Artis Jemputan-Black,Felix AF,Farawahida

2.00 ptg
- Penyampaian Hadiah kepada Pemenang
- Penyampaian Surat Penghargaan kepada Program "Partners"
- Sesi Bergambar bersama pemenang
- Pameran Tangkapan Ikan/Lawatan Khemah Penaja

3.00ptg
Acara dijangka tamat

MAKLUMAT PERTANDINGAN

Tarikh : 25 Ogos 2013 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi – 1.00 tgh
Lokasi : Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan
Yuran Penyertaan : RM70.00 / Joran Moden
RM10.00 / Joran sum-sum

CARA PENDAFTARAN
24 & 25 Ogos 2013 (Sabtu & Ahad) – Di tapak pertandingan di Labuan
Pendaftaran awal di Pejabat Perbadanan Labuan (Waktu Pejabat) di Kaunter Pembayaran Perbadanan Labuan
NSTP Kota Kinabalu

PERTANDINGAN MEMASAK KETAM DI LABUAN BERSAMA ADABI & PETRONAS GAS
MENU UTAMA ADALAH BERDASARKAN KETAM
Info : Pertandingan Memasak Ketam di Labuan

Berlangsung selama 2 hari :

1) Hari Pertama : Pusingan pertama
Tarikh dan Hari : 24hb Ogos 2013 (Sabtu)
Jam : 2.00 Petang

2) Hari Kedua : Pusingan Kedua
Tarikh dan Hari : 25hb Ogos 2013 (Ahad)
Jam : 10.00 pagi – 2.00 petang

  1. Pusingan awal terbuka kepada 30 kumpulan (dengan bantuan pihak Perbadanan Labuan). Satu kumpulan terdiri daripada dua (2) peserta. Siapa cepat, dia dapat. Penyertaan adalah percuma.
  2. Peserta akan disediakan ketam (dilonggokkan di hadapan semua peserta) diminta untuk memasak sebarang menu masakan asalkan berunsur ketam.
  3. Peserta digalakkan menggunakan perencah Adabi dalam masakan. Adabi akan menyediakan bahan seperti serbuk kunyit, kari ikan, kari udang ketam, garam dan asam jawa ada hari tersebut tetapi peserta digalakkan membawa sendiri untuk mengelakkan ketiadaan bahan yang diperlukan.
  4. 10 kumpulan terbaik layak ke pertandingan akhir pada hari kedua.
  5. Pada pusingan akhir, peserta akan diundi untuk memasak 5 jenis masakan berasaskan ikan bilis yang akan disediakan oleh penganjur. Semua bahan mentah akan disediakan oleh penganjur kecuali alatan memasak seperti kuali, periuk, sudip dll. Perlu menyediakan 2 jenis makanan iaitu masakan utama dan masakan 'dessert'.
  6. Penganjur menyediakan dapur dan gas masakan sumbangan Petronas Gas, meja, kerusi dan barangan penaja seperti apron dan topi masakan. Keperluan lain seperti periuk, kuali, hiasan meja dan lain2 perlu disediakan oleh peserta.
  7. Pertandingan akan diadili oleh juri professional dari Adabi dan wakil penganjur/KWKB/Perbadanan Labuan.
  8. Keputusan hakim adalah muktamad.

KRITERIA PEMARKAHAN
Kriteria Peratusan (%)
Keenakan rasa masakan (60%)
Kreativiti menghias masakan (25%)
Kekemasan dan kebersihan (15%)

HADIAH PEMENANG PUSINGAN AWAL (KELAYAKAN) – KESEMUA 30 KUMPULAN AKAN MENERIMA 30 HAMPER ADABI

HADIAH PEMENANG PERTANDINGAN AKHIR – 10 KUMPULAN
JUARA
RM 500.00 + Hamper Adabi

NAIB JUARA
RM 250.00 + Hamper Adabi

KETIGA
RM 100.00 + Hamper Adabi

KE-4 – KE-10
RM 50.00 + Hamper Adabi

HADIAH (PANCING SUM-SUM)
(24 OGOS 2013)
Juara : RM1,000.00
Ke-2 : RM500.00
Ke-3 : RM300.00
Ke-4 – Ke-10 : RM100.00
Ke-11 – Ke-20 : RM50.00

*Yuran penyertaan RM10.00 sahaja

HADIAH JORAN
(25 OGOS 2013)
Juara : RM15,000.00
Ke-2 : RM8,000.00
Ke-3 : RM4,000.00
Ke-4 : RM2,000.00
Ke-5 – Ke-10 : RM500.00
Ke-11 – Ke-20 : RM300.00
Ke-21 – Ke-30 : RM200.00
Ke-31 – Ke-40 : RM150.00
Ke-41 – Ke-56 : RM100.00
Ke-57 – Ke-100: Hadiah Barangan Memancing

Hadiah Wang Tunai Keseluruhan berjumlah RM40,100.00 untuk 56 pemenang utama dan saguhati barangan memancing untuk 44 pemenang!!!

Cabutan Bertuah : Electrical items & Fishing, Outdoor Tools.

Syarat & Peraturan Pertandingan Memancing

  1. Terbuka kepada semua pemancing seluruh negara berumur 18 tahun ke atas.
  2. Yuran penyertaan RM70 sahaja.
  3. Hanya kaedah pancingan dasar (bottom) dibenarkan.
  4. Setiap tangkapan mesti diserahkan kepada marshal bertugas sebelum ditimbang di meja pengadil beserta resit pendaftaran.
  5. Peserta tidak dibenarkan memancing atau merentang tali sebelum pertandingan.
  6. Penggunaan pelampung, mata tiga, mata bom (berspring), mata rambai tidak dibenarkan.
  7. Hanya 1 joran dengan 2 mata kail dibenarkan untuk setiap peserta dan wajib menampal pelekat Joran yang disediakan.
  8. Hanya 1 ekor tangkapan terberat sahaja yang akan dipertandingkan iaitu Juara berdasarkan ikan terberat.
  9. Penganjur berhak meminda tarikh dan tempat pertandingan jika membabitkan masalah cuaca dan keselamatan.

Sumber : FB Labuan Tourism.

<b>Memancing</b> ~ Kelong Greenway Pulau Ketam - <b>Pancing Labuan</b>

Posted: 20 Jan 2014 03:30 PM PST

Greenway Pulau Ketam

Trip memancing kali ini membawa saya ke Kelong Greenway Pulau Ketam. http://www.greenway2u.com/
Cara untuk ke pulau ketam dan apa yang ada di pulau tersebut boleh merujuk entri saya yang lepas di http://hamydy.wordpress.com/2013/11/03/pulau-ketam/. Banyak juga yang saya ceritakan tentang pulau ketam, pembaca boleh baca entri ini untuk dapatkan gambaran pulau ketam. Untuk ke kelong ikan greenway ini anda perlu naik speed boat dengan bayaran RM10 sehala. Ferry tidak boleh. Bila anda di jetty anda hanya perlu bertanya pada speed boat mana yang boleh singgah di Kelong Ikan Greenway. Speedboat last jam 6.00pm sama juga dengan ferry. Jika selepas jam 6.00pm speed boat hanya ambil harga carted (sewa satu boat) dengan harga sekitar RM120 satu boat. Jadi pastikan anda tidak lewat dan timming yang betul. Kalau ramai berbaloi, tapi kalau 1-2 org saja kiranya agak mahal la.
Greenway Pulau Ketam Greenway Pulau Ketam

Greenway Pulau Ketam Greenway Pulau Ketam
Untuk trip memancing ini saya tidak sampai ke pulau Ketam. Kelong ini terletak berhampiran pulau ketam, jika menaiki ferry atau speed boat ia akan melalui kawasan sangkar ikan. Kelong Greenway ini asalnya adalah sangkar ikan suatu masa dahulu, kemudiannya bertukar menjadi kelong memancing. Jika pembaca membaca blog pemancing yang dulu2 memang kita akan lihat ada gambar sangkar dan ikan yang besar dari sangkar. Tapi sekarang sangkar sudah tiada dan kita memancing bergantung sepenuhnya pada nasih. Kalau dulu bole la curi2 pancing dalam sangkar :).

Greenway Pulau Ketam Greenway Pulau Ketam

Kemudahan yang disediakan.
Kelong memancing ini boleh dikatakan selesa dan ada kemudahan asas. Besar dan boleh dibuat aktiviti santai bersama keluarga. Terdapat Tempat memasak, meja, ruang menonton TV, Bilik penginapan, ruang solat dan juga tandas. Makanan yang disediakan cuma megi segera dan air tin, selebihnya pengunjung perlu bawa bahan bekalan sendiri.

Greenway Pulau Ketam Greenway Pulau Ketam
Greenway Pulau Ketam Greenway Pulau Ketam
Pakej
Pakej yang disediakan cuma ada dua iaitu bermalam atau harian. Jika bermalam ada disediakan chalet iaitu RM60 satu orang masuk jam 12.00 tengahari dan keluar 12.00 tengahari hari berikutnya. Jika harian masuk jam 8.00am dan keluar jam 4.00pm dengan bayaran cuma RM20 seorang dan tiada penginapan. Tempahan boleh dibuat melalui no contact yang terdapat di laman webnya.

Hasil
Sepanjang malam saya dan kawan2 memancing tak banyak ikan yang kami berjaya naikkan. Ada pari (tuka), Gelama, Ikan Duri, ikan selar, ikan kerapu biasa. Namum dalam masa yang sama ada group lain yang berjaya dan bernasib baik menaikkan ikan merah dan ikan siakap yang berat sekitar 3-4 kilo. Umpan yang digunakan cuma sotong dan ikan kembung dan udang.

Greenway Pulau Ketam Greenway Pulau Ketam Greenway Pulau Ketam

Rasanya itu sahaja yang dapat saya kongsikan.

Sekian

Aktiviti <b>memancing di</b> sungai beku | Berita Tempatan

Posted: 06 Jan 2014 11:43 AM PST

SEOUL 6 Jan. – Ribuan pemancing Korea Selatan membanjiri Sungai Hwacheon yang membeku di wilayah Gangwon dekat sini bersempena Festival Ikan Trout Gunung Gangwon yang berlangsung sepanjang bulan ini. Setiap…

Berita Penuh: Dunia Utusan Malaysia

<b>Memancing</b> sum sum jadi pemanas acara | Berita Malaysia

Posted: 23 Aug 2013 04:03 PM PDT

xpix gal0.pagespeed.ic.q35yF I GC Memancing sum sum jadi pemanas acaraUrus Setia Joran BH menyiapkan beg cenderahati di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan sebagai persiapan Fiesta Pancing Merdeka Raya Labuan 2013.

Labuan: Warga Sabah, Brunei dan Labuan, tertunggu-tunggu detik mula pertandingan Fiesta Pancing Merdeka Raya Labuan 2013 di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan, di sini, hari ini.

Bermula jam 2 petang ini, pertandingan memancing tradisional sum sum berlangsung sehingga jam 5 petang.

Pengurus Projek Khas BH, Mohd Hazrul Rabu, berkata dengan yuran penyertaan RM10 bagi satu joran, juara akan menerima RM1,000, kedua (RM800), ketiga (RM500), keempat (RM300) dan kelima hingga ke-10 RM100.

"Acara ini adalah pemanas badan kepada peserta untuk bersaing dalam acara sebenar esok yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan RM45,500," katanya.

Pertandingan memancing sum sum dijangka dirasmikan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah, Datuk Adnan Md Ikshan yang diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Datuk Zainul Abidin Abdullah serta Pengarang Kumpulan BH, Datuk Mior Kamarul Shahid.

Mohd Hazrul berkata, acara anjuran Joran BH mula diperkatakan warga Labuan selepas 12 tahun tidak mengadakan kegiatan di sini.

Joran BH pernah mengadakan pertandingan memancing antarabangsa di Pulau Layang-Layang pada 2001.
10 acara sampingan

Selain fiesta berkenaan, turut diadakan Rumah Terbuka Aidilfitri 2013 lebih dan 10 acara sampingan termasuk pertandingan memasak tajaan Nestle/Maggi dan Petronas Gas hari ini di Pantai Kompleks Sukan Laut Antarabangsa, dekat sini.

Fiesta Pancing Labuan Merdeka Raya 2013 menawarkan hadiah lumayan termasuk wang tunai serta peralatan memancing. Juara meraih RM15,000; kedua RM8,000; ketiga RM4,000 dan keempat RM2,000. Penganjur turut menyediakan hadiah wang tunai sehingga tempat ke-100.

Maklumat lanjut hubungi 1300226787 sambungan 4240 atau Mohd Hazrul (019-3141642) dan Zulhilmi Hat (0193143664).

Pancing Mania Blog::
Kami menyediakan berita terbaru dan live mengenai aktiviti - aktiviti Memancing dan tip memancing Malaysia dan negeri - negeri di Malaysia dengan percuma. Tinggalkan komen anda di kotak komen untuk Support Blog ini!

0 comments