sabah-nan-indah - Pancing Labuan - Blogger - Memancing di Labuan

Blog Admin | 3:25 PM | 0 comments

sabah-nan-indah - <b>Pancing Labuan</b> - Blogger - Memancing di Labuan


sabah-nan-indah - <b>Pancing Labuan</b> - Blogger

Posted: 10 Feb 2014 12:00 AM PST

Labuan terletak 115km daripada selatan Kota Kinabalu, penerbangan memakan masa lebih kurang setengah jam, dua setengah jam dengan feri.Ia mempunyai keluasan sebesar 95 kilometer persegi.
Aktiviti yang boleh dijalankan di sini serta tempat menarik untuk dilawati termasuklah:-
Snorkel di sekeliling pulau
lawatan ke rumah panjang
sukan memancing
memancing di tepi pantai
menyelam dalam bangkai kapal karam yang dikenali dengan nama 'Wreck Diving.'
membeli-belah di tempat bebas cukai di Jalan OKK Awang Besar
Berkayak
Menjamu selera dengan makanan laut segar.

Kampung Air.
Terdapat dua buah perkampungan air yang besar iaitu Kampung Bebuloh dan Kampung Patau-Patau. Kebanyakan penghuninya adalah orang Melayu Brunei. Rumah-rumah kayu ini dibina di atas jangkungan di atas air. Mereka dihubungkan oleh titi kayu. Setiap rumah mempunyai botnya masing-masing.

Taman botanikal, dikenali sebagai Bumbung 12, terletak di belakang lapangan terbang lama.

Marine Park yang merangkumi Pulau Rasukan Kecil, Pulau Rasukan Besar dan Pulau Kuraman.

Boleh berkelah dan berjemur, berenang, berkhemah.

Muzium Labuan mempamerkan budaya serta sejarah Labuan.

The Chimney setinggi 106 kaki dibina pada tahun 1800an. Ia merupakan mercu tanda popular di Labuan. Rahsia masih menyelubungi sebab sebenar ia dibina.

Muzium Marin Labuan mempamerkan pelbagai hidupan laut.

Memorial Perang Dunia Ke-2 merupakan kawasan perkuburan tentera terbesar di Malaysia.

Sebahagian besar dari jumlah 3908 terdiri daripada tentera Australia, Britain dan India.

Upacara Mengingati dijalankan pada hari Ahad paling hampir kepada 11hb November setiap tahun.

Peace Park terletak di Layang-Layangan.

Japanese Surrender Point terletak di Layang-Layangan. Ia adalah tempat ke-37 di mana Askar Jepun bagi rantau selatan menyerah diri kepada tentera Diraja Australia ke-9 pada 9hb September 1945.

Dataran Labuan merupakan tempat mengadakan pentas terbuka bagi kebanyakan pesta penting di Labuan. Di sini terletaknya tiang bendera yang mengibarkan bendera Malaysia.

Taman Burung - terletak berhampiran Terowong Tanjung Kubong, mempamerkan sebahagian besar burung tropika dari rantau ini.

Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan - bertaraf dunia, meliputi kawasan seluas 5.91 ekar. Kemudahan yang disediakan termasuklah pusat sukan air laut, kedai cenderahati, tempat makan dan sebagai menara tinjauan. Muzium marin Labuan juga terletak di sini.

4 buah Bangkai Kapal yang Karam di Labuan:-
The Blue Water Wreck bernama Mabini Padre
The Cement Wreck bernama MV Tung Hwuang
The American Wreck bernama USS Salute
The Australian Wreck bernama SS de Klerk
terdampar dalam lingkungan 34 km dari Labuan. Ia terdampar di dasar laut antara 30 meter sehingga 35 meter dengan bahagian puncak kapal berada pada takat 8 meter hingga 12 meter. Kejernihan air berubah-ubah bergantung kepada musim dari 6 meter sehingga 20 meter.

Hotels

Sheraton Hotel
Tel: 087 422 000
www.sheraton.com/labuan

Tiara Labuan Hotel and Service Apartment
Tel: 087 414 300
Emel: tiara002@streamyx.com

Beta Service Apartment
Tel: 087 453 333

The Waterfront
Tel: 087 418 111
Emel: waterfront@streamyx.com

Manikar Beach Resort
Tel: 087 418 700
Emel: manikar@tm.net.my

Boutique Hotel

Sara Hotel
Tel: 087 415 555

2-Star Hotel

Hotel Global
Tel: 087 425 201

Mariner Hotel
Tel: 087: 418 822

Budget Hotel

Hotel Pulau Labuan
Tel: 087 416 288

Hotel Ambassador
Tel: 087 423 233

Victoria Hotel
Tel: 087 412 411

Pulau Labuan Inn
Tel: 087 416 833

Hotel Pulau Labuan - branch
Tel: 087 422 388

Sky Global Hotel
Tel: 087 431 218

Aktiviti <b><b>memancing di</b></b> sungai beku - <b> - <b>Pancing Labuan</b>

Posted: 23 Jan 2014 12:00 AM PST

 dear yayien,

Assalamualaikum and Helo my lovely readers :)

Apa khabar? Alhamdulillah. Baru-baru ini, saya berkesempatan pergi bercuti di Sipitang. Alang-alang praktikal di Labuan haruslah ambil peluang memancing udang galah. Tapi sebelum pergi ke sana, haruslah mendapat green light dari keluarga dan pakcik. Bila dah dapat greenlight, barulah bermula sesi travelling :) Yeay! So, dari Labuan I travel sorang-sorang naik speed boat ke Menumbuk. Perjalanan yang sangat memeningkan itu lebih kurang setengah jam. Mabuk jugaklah I dibuatnya. Haha. And then kat sana tunggu my friends, dari Menumbuk ke Sipitang plus minum 1 jam setengah sampai.

Actually kat sana dah ada roadblock. Disebabkan pencerobohan berlaku di Lahad Datu, polis pun dah start buat roadblock everywhere. Waktu kitrorang nak pergi mancing on the second day, ada jugaklah dengar rumours dari penduduk kampung that ada lebih kurang 12 orang penceroboh masuk melalui sungai yang kitrorang nak pergi tue. So, macam untuk langkah berhati-hati, pak cik yang bawa kitrorang tanya geng-geng nelayan and the police. Alhamdulillah, akhirnya lepas dah tanya semua orang and line pun clear, kitrorang pun masuk je. Dalam hati nervous jugak, tapi insyaAllah I know Allah will protect us.


First day. Lepas berehat kejap. Kami bertiga mulakan operasi.
Perahu-perahu milik keluarga Shahril. 
Day 1- Sebelum memancing kena carik cacing dulu. Gomuk-gomuk cacing belakang rumah shahril ni.
At Paya Bakau. Tak silap nama sungai nie is Sungai Buntu. 

Pak cik yang tenang je. Syahdu tengok pak cik nie :'( Sobs sobs.
Day 2 - 7.30 pagi mula bersiap-sedia untuk mencari rezeki untuk anak-anak :) 

Perjalanan mencari rezeki bermula. Sesekali dapat peluang rasa macam mana nelayan mencari rezeki best jugak. Kadang-kadang timbul jugak rasa sedih :'( . Nak memancing bukan senang. Bukan sentiasa ada udang.  Paling penting kena bersabar and tenang :)
Waktu warm up. Diorang siap bagi saya topi lagi.  Punyalah risau saya tak tahan dengan terikan sang matahari. Haha. Rileks pakcik , this is yayien. Panas, cacing, pacat ke saya okey je.Yang penting pengalaman :')

Pak cik yang cool and ohsem :) Tengah cari port-port udang suddenly nampak "buaya". Saya dgn Aru pun " Buaya-buaya". Gaya budak tadika first time masuk Zoo. Hahaha. Actually, cuaklah jugak but lama-lama okey.

Nakhoda kapal dan anak kapal busy mencari port udang :) Nampak tak betapa semangatnya kapten kapal memakai coverall di tengah hari. Haha. He called that as protection.

The winner of the day Mr. Aru. He got 6-7 "udang galah sepit baru" yang besar-besar. Tu tak campur yang lain-lain lagi. Fuh! while me just got one yang biggest. The rest was just baby prawns :'). Budak baru belajarlah katakan. 
Yeay. This is my first udang. Perasaan time dapat udang nie macam your crush tahu perasaan you and He/She suka you jugak. Over kan I punya perumpamaan. Tukar-tukar sebab I tak pernah lagi rasa perasaan tu. Haha. Okey, the feeling is like bila you dah pulun giler untuk study you and then waktu semester tu you dapat dean list. Omo omo *eksaited*

Sebahagian dari pancing-pancing kami. Mula-mula saya punya ada satu je, sekali pak cik bagi 5 -6 pancing
terus hilang arah. Haha. Pancing je banyak, yang sangkutnya satu je. Hahaha.
Hasil tangkapan kami berempat. InsyaAllah cukup untuk anak-anak dan keluarga :') Hehe.
Day 3 - Selepas ke Pasar Tamu, bersiar-siar sekejap di Esplanado Esipitang He. 
Rasa scene nie sesuai nak buat video klip lagu ala-ala lagu 'Pelangi Senja" . Haha. Terus feeling artis kejap :P
Perjalanan dari Menumbuk lebih kurang 1 and a half hour. Sambil-sambil kebosanan di atas feri, amik jugaklah gambar kapal-kapal di tengah lautan. 
Subhanallah! Cantiknya lukisan alam. Akhirnya, dalam pukul 6.30 petang, sampai juga dibumi Labuan :)

Alhamdulillah. Sepanjang tiga hari di bumi Sipitang, I was so happy. Tenang. Banyak yang saya belajar. Belajar cara-cara memancing coz that was my very first time memancing. So, lepas nie boleh dah pergi memancing lagi. Belajar tentang kesusahan orang lain. Kesusahan nelayan cari rezeki. Sometimes, we always complaint about our life. Tak ada itu tak ada ini. Baru kekurangan sikit dah bising. So, bila kite pergi tempat yang luar dari kebiasaan kite, then you start appreciate what you have. This experience was one of the best memories kat sini.

Thank you so much to my friends Shahril and Aru sebab ajak saya. Thank you family and pak cik Shahril for the treat and everything. May Allah bless you :) Thank you Allah for the oppurtunity.

Lets be grateful for what we have. InsyaAllah :)

Thank you for reading!

with love;

love yayien

(4-6  March 2013)

Pancing Mania Blog::
Kami menyediakan berita terbaru dan live mengenai aktiviti - aktiviti Memancing dan tip memancing Malaysia dan negeri - negeri di Malaysia dengan percuma. Tinggalkan komen anda di kotak komen untuk Support Blog ini!

0 comments