Pesta Air Malaysia Labuan 2014 Ditutup Meriah - MYNEWSHUB.MY ... - Memancing di Labuan
Pesta Air Malaysia Labuan 2014 Ditutup Meriah - MYNEWSHUB.MY ... - Memancing di Labuan |
Pesta Air Malaysia Labuan 2014 Ditutup Meriah - MYNEWSHUB.MY ... Posted: 27 Apr 2014 06:37 PM PDT Pesta Air Malaysia Labuan ke-18 ditutup dengan meriah semalam dengan upacara penyerahan hadiah, persembahan artis dan letupan bunga api. Upacara penutupan yang berlangsung di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa WP Labuan disempurnakan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Datuk Hj Isli dengan kehadiran TKSU (Industri Pelancongan), Rashidi Hasbullah. Tahun ini, acara pertandingan Memancing Laut Dalam yang menawarkan hadiah lumayan wang tunai RM25,000 kategori kumpulan dibolot oleh Kumpulan Size Z yang berjaya membawa pulang tangkapan seberat 65.5 kilogram diikuti Kumpulan Wasabi A (34 kilogram) dan Naga Anglers (28.5 kilogram). Lebih 60 peserta yang menyertai pertandingan ini telah dilepaskan dari Jeti Jabatan Perikanan Labuan untuk menjalankan aktiviti memancing di sekitar perairan melepasi 'Vernon Bank' dan Semarang pada 23 April lalu sebelum pulang pada 27 April untuk ditimbang hasil tangkapan. Bagi pertandingan Berenang Merentas Saluran, kemenangan menjadi milik Tse Hang Tien dari Sabah yang berjaya memecahkan rekod tahun lepas dengan catatan masa 1 jam 11 minit 10 saat sekaligus membawa pulang wang tunai RM2,500. Cabaran Berkayak Mengelilingi Pulau pula menyaksikan Mohd Hanizam Ramli menjuarai kategori Lelaki Solo, Muhammad Azman Ibrahim dan Norazlina Tajuddin dari UPSI Perak memenangi kategori Beregu Campuran Terbuka manakala Fajan Sata dan Imam Sujadi Sata dari Johor MBJB meraih tempat pertama Beregu Lelaki Terbuka. Pesta Air Malaysia Labuan yang berlangsung dari 25 April hingga 27 April merupakan antara acara utama dalam kalendar Tahun Melawat Malaysia 2014. Penganjuran acara tahunan tersebar di Labuan ini bukan sahaja menaikkan nama wilayah dalam kalangan penggemar sukan air termasuk dari Asia Tenggara dan Asia untuk menyertai acara yang dipertandingkan malah menggalakkan kemasukan pelancong domestik dan antarabangsa. Selain ketiga-tiga acara utama iaitu Pertandingan Memancing Laut Dalam, Berenang Merentas Saluran dan Cabaran Berkayak Mengelilingi Pulau; acara lain yang dianjurkan termasuklah pertandingan Tarik Tali Pantai, Memancing Pesisir Pantai, Pukul Bantal dan Panjat Tiang Licin, Membina Istana Pasir, Battle of the Band, Karaoke "Voice of Sea Challenge", Kutip Bahan Kitar Semula, Mewarna dan Dekorasi Kreatif, Persembahan Pentas dan Sukan Rakyat Homestay. Memiliki penduduk sekitar 100,000 sahaja, Labuan mempunyai potensi besar untuk terus berkembang pesat sebagai wilayah pelancongan. Buat masa sekarang ekonomi Labuan banyak dipacu oleh industri minyak dan gas yang kian rancak sejak empat tahun lalu hingga menyaksikan lebih 2,000 bilik hotel di Labuan tidak pernah cukup untuk menampung tempahan.- MYNEWSHUB Teks/Foto: AIDA AZURA AZEMI / NAJIB (Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia) Pesta Air Malaysia Labuan 2014 Ditutup Meriahhttp://mynewshub.my/2014/04/28/pesta-air-malaysia-labuan-2014-ditutup-meriah/http://mynewshub.my/wp-content/uploads/Fullscreen-capture-4282014-93423-AM.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Fullscreen-capture-4282014-93423-AM-150x150.jpg28 April 2014 TerkiniPesta Air Malaysia Labuan,Tahun Melawat Malaysia 2014Pesta Air Malaysia Labuan ke-18 ditutup dengan meriah semalam dengan upacara penyerahan hadiah, persembahan artis dan letupan bunga api. Upacara penutupan yang berlangsung di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa WP Labuan disempurnakan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Datuk Hj Isli dengan kehadiran TKSU (Industri Pelancongan), Rashidi Hasbullah. Tahun ini, acara pertandingan Memancing... Pesta Air Malaysia Labuan ke-18 ditutup dengan meriah semalam dengan upacara penyerahan hadiah, persembahan artis dan letupan bunga api. Upacara penutupan yang berlangsung di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa WP Labuan disempurnakan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Datuk Hj Isli dengan kehadiran TKSU (Industri Pelancongan), Rashidi Hasbullah. Tahun ini, acara pertandingan Memancing Laut Dalam yang menawarkan hadiah lumayan wang tunai RM25,000 kategori kumpulan dibolot oleh Kumpulan Size Z yang berjaya membawa pulang tangkapan seberat 65.5 kilogram diikuti Kumpulan Wasabi A (34 kilogram) dan Naga Anglers (28.5 kilogram).  Lebih 60 peserta yang menyertai pertandingan ini telah dilepaskan dari Jeti Jabatan Perikanan Labuan untuk menjalankan aktiviti memancing di sekitar perairan melepasi 'Vernon Bank' dan Semarang pada 23 April lalu sebelum pulang pada 27 April untuk ditimbang hasil tangkapan. Bagi pertandingan Berenang Merentas Saluran, kemenangan menjadi milik Tse Hang Tien dari Sabah yang berjaya memecahkan rekod tahun lepas dengan catatan masa 1 jam 11 minit 10 saat sekaligus membawa pulang wang tunai RM2,500. Cabaran Berkayak Mengelilingi Pulau pula menyaksikan Mohd Hanizam Ramli menjuarai kategori Lelaki Solo, Muhammad Azman Ibrahim dan Norazlina Tajuddin dari UPSI Perak memenangi kategori Beregu Campuran Terbuka manakala Fajan Sata dan Imam Sujadi Sata dari Johor MBJB meraih tempat pertama Beregu Lelaki Terbuka.  Pesta Air Malaysia Labuan yang berlangsung dari 25 April hingga 27 April merupakan antara acara utama dalam kalendar Tahun Melawat Malaysia 2014. Penganjuran acara tahunan tersebar di Labuan ini bukan sahaja menaikkan nama wilayah dalam kalangan penggemar sukan air termasuk dari Asia Tenggara dan Asia untuk menyertai acara yang dipertandingkan malah menggalakkan kemasukan pelancong domestik dan antarabangsa. Selain ketiga-tiga acara utama iaitu Pertandingan Memancing Laut Dalam, Berenang Merentas Saluran dan Cabaran Berkayak Mengelilingi Pulau; acara lain yang dianjurkan termasuklah pertandingan Tarik Tali Pantai, Memancing Pesisir Pantai, Pukul Bantal dan Panjat Tiang Licin, Membina Istana Pasir, Battle of the Band, Karaoke "Voice of Sea Challenge", Kutip Bahan Kitar Semula, Mewarna dan Dekorasi Kreatif, Persembahan Pentas dan Sukan Rakyat Homestay.   Memiliki penduduk sekitar 100,000 sahaja, Labuan mempunyai potensi besar untuk terus berkembang pesat sebagai wilayah pelancongan. Buat masa sekarang ekonomi Labuan banyak dipacu oleh industri minyak dan gas yang kian rancak sejak empat tahun lalu hingga menyaksikan lebih 2,000 bilik hotel di Labuan tidak pernah cukup untuk menampung tempahan.- MYNEWSHUB Teks/Foto: AIDA AZURA AZEMI / NAJIB (Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia) Author MNHsocialmynewshub@yahoo.comEditorMyNewsHubIklan Teks: PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri |
You are subscribed to email updates from memancing di labuan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments